MUHASABAH DIRI

Posted by ألفة | Posted in




Hari demi hari ,
Langkah disusun di sisi ,
Dengan harapan dapat di isi,
Tapi dengan apakah perlu dipenuhi
Adakah dengan hasrat al-hawa yang tiada mati
Atau dengan panduan wahyu-Nya agar diri diredhai

Wahai diri yang selalu sepi,
Kerna tiada usaha mahu mengisi,
Bukalah kelopak mata dari nyenyak mimpi,
Basuhlah hati dengan tangisan di pipi,
Yang mengalir sebab terasa jauhnya diri,
Bukan kerana impian dunia yang hilang sebentar tadi

Wahai pemilik mulut ini,
Yang sering mengatakan perkara yang jarang dilakukan diri
Menegur mereka seolah diri bersih suci
Tetapi hakikat diri sendiri tiada mahu peduli
Persoalkan lah diri dan hati
Mampukah diri bertawajjuh dalam mahkamah Ilahi
Atas kesalahan tiada buat atas teguran tadi
Dalam tindak tanduk sehari-hari

Muhasabahlah diri sendiri wahai diri
Yang akan menutup mata sebentar lagi
Dan tiada bangkit untuk kesekian kali

Comments (0)

Catat Ulasan