Fuuh!!Penat juga memasak ni, ya. Ni baru sehari. Macam manala agaknya perasaan ibu-ibu yang menjadi suri rumah sepanjang masa? Setiap hari kena buat kerja rumah. Bukan setakat memasak saja.
SQS : Masak???
Yela masak. Saya ni tinggal di rumah sewa. Hari ni ‘turn’ saya memasak.
SQS : rumah sewa?? Awak ni kan tinggal di universiti. Universiti awak tu tak sediakan tempat tinggal ataupun hostel ke?
Ada. Tapi saya yang minta keluar. Bila tinggal di rumah sewa inilah kita nak belajar berdikari, belajar memasak dan macam2 lagi. Rumah sewa yang saya duduki ini ada namanya. Raudhatul Mahabbah. Sedap tak? Ataupun lebih mesra dikenali sebagai RM. Bukan ringgit Malaysia, ya ataupun rumah murah. Rumah ni mahal tau. Sebulan RM850. Kat sini, saya tinggal dengan kawan-kawan. 8 orang semuanya. Ramai kan! Rumah ni bukan rumah biasa. Kami diajar solat berjemaah, memberi tazkirah selepas subuh(walaupun saya ni terkenal dengan sifat ‘pendiam’. Susah betul kalau nak bercakap), kami juga membaca ma’thurat berjemaah.
SQS : hmmm..menarik tu. Bukan semua rumah sewa boleh buat macam tu. Haa…balik pada masak tadi, awak masak apa?
Ala…’simple’ saja. Buat sayur kobis masak belacan dan juga ikan masak kicap.
SQS : waaa….sedap tu. Nanti bolehla tulis resepi..hee…
Hmm…resepi?? Tak kot..bukannya hebat pon. Kita tukar topikla. Lebih membina jiwa dan rohani. Haa..nak cerita sikit. Saya ada baca satu kisah melalui tulisan Pahrol Mohd. Juoi. Petikan yang saya ambil ni adalah monolog dirinya sendiri.
“Kita membina hidup atau kehidupan?”
Saya kaget sebentar. Beza antara live atau living terlalu besar.
“Kedua-duanya,” jawab saya.
“Tapi, yang mana lebih penting?”
“Kehidupan,” jawab saya pendek.
“Apa bezanya hidup dan kehidupan?” soalnya lagi.
“Kita hidup dengan makanan, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal. Tapi kita membina kehidupan dengan kasih sayang, cinta dan kemesraan.”
“Jadi, isteri itu teman hidup atau teman kehidupan?”
Saya panik. Terasa diperangkap.
“Err…teman hidup dalam kehidupan,”saya membetulkan.
“Tahu pun,” bidasnya pantas.
“Apa mahu isterimu?” dia bertanya lagi.
“Kasih sayang, kemesraan, pembelaan, kemaafan, keadilan,”jawab saya.
“Itulah kehidupannya. Sebaliknya, apa yang kamu berikan selama ini?”
Saya jadi serba salah.
“Hanya makanan, pakaian, kenderaan, rumah, wang, itu semua untuk hidup. Bukan untuk kehidupan,” tingkahnya sinis.
“Tapi, saya juga inginkan itu semua daripadanya. Saya juga inginkan kehidupan bukan semata-mata hidup.”
“Ingat prinsip ini baik-baik : kita hidup dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.”
“Maksudnya, saya kena memberi sebelum menerima?”
“Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Itu hukum kasih sayang. Untuk orang yang mencintai kita, kita dahulu mesti mencintai orang. Itu hukum kasih sayang dan cinta. Ini rukun kehidupan.”
P/S: dialog di atas pun merupakan monolog diri saya sendiri. Jadikanlah setiap apa yang kita buat, sentiasa ingat pada Allah. Walaupun ketika kita bersendirian, kita akan mengingati insan-insan yang kita sayangi, jadikanlah ingatan kita itu hanya kerana Allah. Ingatlah bahawa Allah pemilik segala cinta. TanpaNya, tidak mungkin cinta itu wujud. Tidak mungkin kasih sayang itu wujud.
“Ala bizikrillahi tathmainnalqulub” ~ Hanya dengan mengingati Allah, hatikan menjadi tenang.
Comments (0)
Catat Ulasan