CINTA AGUNG

Posted by ألفة | Posted in


Aku tahu Engkau Tuhanku
Adalah Cinta Agung
Aku pun mahu mencintai-Mu
Aku tahu mencintai-Mu amat perlu
Ia kemuncak daripada segala kebahagiaan
Aku berusaha ke arah itu
Tapi cintaku pada-Mu Tuhan
Selalu terganggu
Banyaknya datang mengganggu
Nafsuku dan syaitan terkutuk
Dunia mempesona menggamit selalu
Di waktu itu lupaku pada-Mu
Cintaku jauh sekali
Sekali sekala datang juga
Walaupun sedikit terasa indahnya
Kemudian, lupa lagi
Adakalanya lupaku pada-Mu berpanjangan sekali
Kemudian, sekali sekala sedar kembali
Engkau Cinta Agung
Engkau patut dicintai
Selepas diriku lupa lagi
Begitu cintaku kepada-Mu Tuhan
Dengan kelalaian silih berganti
Oh Tuhan
Dengan hati yang sedih ini
Tolonglah aku dengan rahmat-Mu
Bantulah aku mencintai-Mu
Agar cinta yang palsu terbunuh sendiri
ITULAH HARAPANKU PADA-MU

Comments (0)

Catat Ulasan